Time left

Lamanya tak update blog. Busy mengalahkan perdana menteri pula. Tapi serious memang tak rasa pun ada masa terluang kebelakangan ni, sampaikan Weightlifting Fairy dah habis pun tak tengok lagi. Apatah lagi kdrama-kdrama yang lain. Fuhhh

Sejak kebelakangan ni hati macam sayu je, tak dapat terang apa sebab musabab. Mungkin sebab tengah berkecamuk stress semua ada. Tapi takdelah stress tahap nak bunuh diri ke apa. Biasa-biasanya je pun. Tapi entahlah.

Minggu sebelum exam week haritu MashaAllah rasa macam dilanda tsunami, puting beliung, tanah runtuh dan segala macam bencana alam. Tapi, Alhamdulillah dapat kesempatan join program Pendidikan Kesihatan Wanita & Bayi ke tempat perlindungan wanita Baitul Ehsan. Best + sedih + insaf semua ada. Bayangkan, 7 hingga 8 orang penghuni bawah umur berbadan dua depan mata. Rasa macam kena kejutan elektrik. Sebelum ni pernahlah jugak nampak tapi tak seramai tu. Nampak sangatlah aku ni tak peka dengan keadaan persekitaran kan? Dekat situ pun ada adik-adik yang tengah berpantang, ada 4 orang baby. Semua comeeeeeeeeeeel gilaaaaaaaaaa! Orang usik pun tidur je semua.

Allah bagi peluang untuk aku mengenali lebih dekat dengan seorang adik ni, berusia 15tahun dan usia kandungannya sudah menjangkau 6 bulan (dia pun tak pasti). Tetiba dia kata "kak, sakit kaki", aku macam "ya Allah cane ni, aku takde pengalaman camni" dalam hati, lepastu aku suruh selunjur kaki & aku picit-picit sikit. Aku nampak kaki dia macam ada varicose vein. Biasalah kot, badan kecil bawa baby. Sambil tu aku asisst dia jawab survey yang budak nursing bagi. Kesian dia, duduk dengan ayah je sebab mak ayah dah cerai. Tapi ayah pula asyik busy. Duduk sorang dekat rumah sunyi dia kata sebab dia anak tunggal. Dia masuk situ sukarela. Ya Rabbi, hanya kerana satu kekhilafan dia penyesalannya berbekas sampai hujung hayat. Sejak itu, hati ni cepat betul sayu. Sensitif

Selalu teringat umi abah dekat rumah. Abah pun selalu busy. Tapi bersyukurlah ada umi dengan abang adik yang selalu cari pasal. Umur dah 62tahun tapi masih kerja siang malam. Aku rasa umur macam abah ni dah patut pergi travel, jalan dengan kawan-kawan, main dengan cucu, tengok anak dekat uni ke hujung minggu (huhuhu). Malangnya tidak. Masa untuk diri sendiri pun dia tak dapat inikan untuk benda lain. Ye faham abah ada tanggungan yang masih kecil. 

Aku perati bila balik rumah hujung minggu kan, abah macam kerap kali kena mini-stroke. Pernah satu hari nak pergi surau kot, dia paralyse dekat pintu lepastu lambai-lambai mintak tolong tanpa mengeluarkan sepatah suara pun. Sedih. Bila suruh buat checkup macam-macam alasan. Nanti tambah sakit bila dah tahu sakit lah. Lagilah seksa bila suruh berenti merokok. Macam-macam alasan dia. Nanti ngantuk masa drive lah, kawan dia berheti merokok terus kena sakit jantung lah, lung collapse lah pekejadah semua tu. Memang keras kepala, nak jugak dengan pendirian dia.

Berharap sangat suatu hari nanti, mungkin dalam 5 atau 6 tahun lagi aku dapat bagi abah rilek-rilek dekat rumah. Bawa abah pergi Masjidil Aqsa, Italy & Swiss (tempat-tempat yg dia teringin sangat nak pergi). Pergi mall shopping barang yang dia nak pun jadilah. Bayangkan, selama hidup aku ni abah tak pernah teman pergi mall. Langsung. Dia mesti drop, hulur duit lepastu blah. Punyalah busy mengalahkan pakjib.

Tapi, Alhamdulillah tak disangkal berkat kerja keras abah kami semua hidup selesa. Tak pernahlah tak cukup serba-serbi. Tapi masih takuuuut kalau nak minta duit belanja sebab rasa macam membebankan, koreklah duit simpanan sendiri sementara tunggu dia bagi. Ni lagi buat hati bertambah-tambah sayu kebelakangan ni. Kasih sayang je yang tak cukup (eh?) sebab abah busy sangat.

Semoga abah & umi dikurniakan kebahagian dunia akhirat dan mendapat balasan syurga atas segala penat lelah & pengorbanan mereka.

 رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا 

Ok bye insaf. Nak sambung study, paper killer jumaat ni. Jumaat depan habis dah paper. Tunggu giliran untuk practical exam pula Isnin, lepastu boleh chiawww. Doakan! Assalamualaikum.