Resepi Mozzarella Ball

Apa khabar semua? Fuh, hari ini rasa lega sikit sebab dah start cuti walaupun saya ada lagi 2 paper tertangguh lepas cuti. Lega sebab tak payah bangun pukul 3 sebab nak revise last minute ehehee. Tapi kena beringat SPM lagi 43 hari.

Hari ini saya nak share resepi simple. Siapa rasa roti gardenia dia nak expired esok bolehlah try resepi ini. Boleh jadi finger food anak-anak dekat rumah. Dapat resepi ini masa scroll facebook. Kebetulan roti pun dah nak expired esok. Saya pakai 4 keping roti, 2 keping roti ditindih boleh dapat 9 bebola. 



Bahan-bahan:
Roti tawar (kuantiti terpulang)
Mozzarella Cheese
1 biji telur
Garam
Gula

Cara-cara:
1. Leperkan roti tawar dengan menggunakan roller.
2. Letak parutan mozarella cheese antara dua keping roti, kemudian tekap menggunakan penekap (berdiameter 1.5inch-2inch) untuk bentukkannya jad bebola.
3. Tepi-tepi roti (yang warna coklat tu) boleh blend untuk dijadikan serbuk roti.
4. Pukul sebiji telur dalam satu mangkuk, masukkan gula & garam secukupnya.
5. Golekkan bebola dalam mangkuk yang berisi pukulan telur kemudian dalam mangkuk berisi serbuk roti.
6. Tinggalkan dalam 10 minit, untuk serbuk roti betul-betul melekat.
7. Goreng dengan api kecil.

*Kalau taknak roti tu koyak jangan letak cheese banyak sangat, jangan tamak haloba yeeee! Selamat menikmati hari-hari menternak lemak.


Resepi Asam Laksa


Macam biasa, cuti sekolah adalah musim untuk food journal ihiks. Setiap kali pergi pasar malam mesti beli laksa. Kebetulan hari ini tak ada pasar, jadi saya merajinkan diri untuk buat laksa untuk minum petang sebab mama pun mengadu lapar. Siapa nak rasa Asam Laksa kuah pekat gila bak hang raya nanti datang rumah ok? Sebelum datang habaq awal-awal. Mari kita terus ke resepi. Portion ini untuk makan 5-6 orang.





Bahan-bahan:

Bahan A (bahan pes)
-20 batang cili kering (boleh adjust nak pedas ke tak, atau ganti saja dengan cili boh)
- 6 ulas bawang putih
- 10 ulas bawang merah
- 2 inci lengkuas(agak-agak)
- 2 inci belacan

Bahan B
- 10 ekor ikan kembung/sardin (sudah diramas)
- 2 batang serai (dititik)
- 2 kuntum bunga kantan
- 7 keping asam keping
- segenggam daun kesum
- bahan pes
- Air rebusan ikan
- Air tulang ikan
- Pes tulang ikan

Bahan-bahan tambahan
- Cili besar (dipotong serong)
- Timun
- Salad
- Limau kasturi
- Nanas

Cara-cara menyediakan ikan:
1. Cuci ikan dengan bersih, buang perut & insang.
2. Untuk menghilangkan bau, rendam ikan tersebut dengan asam jawa untuk 5 minit.
3. Kemudian rebus ikan hingga lembut.
4. Setelah lembut, ketepikan air rebusan. Pisahkan isi ikan dengan tulangnya kemudian ramas.
5. Kisar tulang, duri dan kepala ikan untuk mendapat pes ikan. 

Cara-cara untuk membuat kuah:
1. Masukkan semua bahan B ke dalam periuk.
2. Masak sehingga mendidih.
3. Masukkan kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa.
4. Renihkan kuah laksa sehingga masak sempurna.



Mimpi


Malam itu nak kata aku demam, check suhu badan masih normal. Tapi badan aku panas penuh peluh. Tak lama lepas itu, tangan jadi sejuk yang amat. Aku tak turun untuk makan malam. Tengahari pun tak ada selera nak makan. Ustaz Emir bagi ubat demam dekat abah, takut-takut makin teruk pula esok pagi. 

Pagi keesokkan harinya aku kedatangan wanita cantik berniqab. Mengenakan baju kelabu cair ala-ala coat berbelah tengah duduk betul-betul disebelahku. Kelihatan seperti baru berumur 20-an. Dari matanya kelihatan dia sedang meleparkan senyuman. Berbahasa arab tapi muka ala-ala orang putih. Tingginya lebih kurang 5 kaki 4 inci, ramping susuk tubuhnya, kulit pipinya mulus merah jambu, mata kelabu hijau, bibir nipis merah delima. Terpesona aku melihat parasnya seperti seorang bidadari syurga. Dia tanya aku mahu ke mana lembut suaranya. Aku jawab tak ada kemana-mana sengaja mahu pusing al-Haram. Dia kata dia ke situ untuk "akad". Dalam benak hatiku, "Oh mungkin nak akad nikah." Panas terik waktu itu, dia terus gapai tangan aku cari tempat berteduh. 10 minit berbual sepertinya kami seperti sudah akrab.

Di bawah pokok rendang, dia bercerita. Faham tak faham, aku iyakan saja. Aku tanya, kenapa sendirian? Terus dia berhujah, "Dalam hidup ini aku dan engkau perlu membiasakan diri bersendirian." "Tak takut ke?" Celah aku. Dia menjawab, "Jangan risau Allah sentiasa bersama kamu. Malaikat-malaikat juga ada di kanan dan kiri kamu. Jangan risau, jangan risau."

Entah macam mana, mungkin dia lihat aku pucat dan tak bermaya. Terus dia memegang bahuku dan berkata, "Sakitmu ini penghapus dosa. Kafarah dosa ini meningkatkan ketaqwaan dan darjatmu. Sabrun jameel (sabar itu indah). Akan datang kepadamu orang yang membantumu meninggkatkan ketaqwaanmu. Peliharalah hatimu untuknya. Akan datang kepadamu ujian dalam perjalananmu menuju syurga Allah. Bersabarlah bidadari." Aku terdiam. Baiknya dia. Mesti bakal suaminya beruntung memilikinya.

Tiba-tiba azan zohor berkumandang. Kami solat berjemaah. Selesai solat, dia meminta izin untuk pergi. Dia memeluk erat tubuhku. Terasa seperti ada kedamaian dalam dakapan itu. Sebelum dia hilang dari pandanganku sempat aku menjerit bertanyakan siapa namanya, dia menoleh dan berkata "Zahida!". Dia berlalu dengan senyuman manis dan terus hilang dari padangan. 

"Pap!" Kedengaran bunyi pintu ditutup. Oh abah. Eh aku mimpi? Eh masih jam 12 malam? Habis basah katilku, penuh peluh. "Dah okay?" tanya abah. "Better, Alhamdulillah." Terus aku memandang ke arah jendela disebelah katil yang berlatarkan pemandangan Kaabah dan orang sedang bertawaf lantas aku senyum dan hatiku berbisik "Terima kasih ya Allah. Semoga kita bertemu lagi Zahida."

 Pemandangan dari tingkap katil aku di Makkah, setiap saat setiap minit setiap jam kelihatan umat-umat Nabi Muhammad bertawaf mengelilingi Kaabah.