Resepi Tteokbokki Halal




Tadi ter-rajin masak sebab tak ada buat apa-apa. Plus laptop "hang" sebab 24jam tak shutdown asyik melukis je. Ini kira macam nasib je boleh update blog sementara laptop masih ok. Tteokbokki antara makanan favourite mama selain onion ring haha. Resepi yang sangat simple. Cuma untuk orang macam saya yang duduk jauh dari korean store ini, kena buat rice cake sendiri. Saya sertakan sekali macam mana nak buat rice cake. Jangan risau, senang saja! 

*Orang Korea biasanya guna sesame oil atau minyak bijan, saya tak minat sebab tekak melayu kan. Jadi semua sesame oil saya ganti dengan minyak sayur (vegetable oil)


Rice Cake

Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung beras
- 1 cawan air
- 1 sudu garam
- 1/4 cawan minyak sayur
- 1 sudu kecil serbuk penaik

Cara-cara:
1. Campurkan tepung beras, air, garam, minyak sayur dan serbu penaik dalam satu mangkuk. Kacau hingga sebati. Kalian akan dapat bater yang sedikit cair. Kemudian ketepikan.
2. Panaskan steamer atau pengukus. Bila air di steamer sudah mengelegak, boleh masukkan mangkuk berisi bater tadi.
3. Kukus dalam 10-15 minit. Bater yang cair tadi akan mengeras sedikit. Biarkan hingga sejuk.
4. Uli adunan tadi hingga nampak seperti doh, dah bentuk panjang-panjang seperti ini. Kemudian potong lebih kurang 3-4cm.




Tteokbokki (3orang)


Bahan-bahan:
- 7 ekor ikan bilis
- 250gram rice cake
- daun bawang (potong panjang 3cm)
- 1 paket bebola ikan (optional)
- 1 paket fish cake (optional)
- 3 sudu cili giling
- 1 sudu serbuk cili
- 3 sudu kicap pekat manis
- 1 biji cili bengala
- garam dan gula
- 1 1/2 cawan air
- 1 sudu minyak sayur
- 3 ulas bawang merah


Cara-cara:
1. Masukkan air dalam kuali, didihkan bersama ikan bilis. Untuk dapatkan stok ikan bilis.


2. Sementara tunggu mendidih, campurkan serbuk cili, kicap pekat manis, minyak sayur dan cili giling dalam satu mangkuk. Kemudian ketepikan.
3. Setelah mendidih keluarkan ikan bilis (buang). Kemudian masukkan campuran bahan tadi ke dalam air didihan. Diikuti dengan rice cake. Biarkan sehingga semua rice cake timbul.
4. Kemudian masukkan bebola ikan, fish cake dan bawang merah. Akhir sekali masukkan cili bengala dan daun bawang.
5. Tambah gula dan garam secukup rasa. Siap!

SELAMAT MENCUBA! Apa-apa yang tak jelas, boleh tinggalkan pertanyaan diruang komen di bawah ye.


6 ulasan:

  1. Hai akak, adik nk tnye klau ikan bilis tu ditukar dengan bahan kiub ayam boleh tak? Pastu, maksud bater tu campuran adunan ke? Lagi satu, klau bebola ikan tu ditukar dngn bebola ayam bleh tak? Dan fish cake dan cili benggala adik tak nk msukkn..

    BalasPadam
  2. Saya gunakan stok ikan bilis maggi je....

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Terima kasih ... sy sdh mencuba dan hasilnya sgt memuaskn ... terima kasih kerana perkongsian yg bermakna ini...

    BalasPadam
  5. Sis masukkan fish cake and fish ball tu skali dengan ikan bilis ker??

    BalasPadam